KOTA KINABALU: Anggota bomba berjaya menyelamatkan seekor kerbau yang terjatuh ke dalam longkang sedalam dua meter di kawasan perindustrian Kolombong, kira-kira 8 kilometer dari bandar.
Jurucakap Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Sabah Affendy Ramin berkata sepasukan tujuh anggota bomba telah dihantar untuk menyelamatkan haiwan itu selepas dimaklumkan oleh orang awam kira-kira jam 9 pagi, Khamis.
Menggunakan bongkah kayu, anggota bomba membentuk tanjakan sementara dan berjaya membuatkan haiwan itu naik ke atas semula dalam operasi selama 30 minit.
Apabila berjaya dilepaskan, kerbau yang dilihat selamat dan tidak cedera akibat episodnya di dalam longkang, terus berjalan menuju ke arah kampung berhampiran. - mStar
Macam-Macam: Kerbau Jatuh Longkang
Reviewed by Salfian Nawawi
on
January 17, 2015
Rating:
No comments: