Seo Services

Tokyo Tawar Bantuan Kecemasan Tambahan Kepada Mangsa Banjir


KUALA LUMPUR: Kerajaan Jepun telah menawarkan bantuan kecemasan tambahan bernilai RM300,000 untuk meringankan kesulitan penduduk yang terjejas banjir.

Kedutaan Jepun di Malaysia, dalam satu kenyataan malam ini, berkata Tokyo menawarkan barangan termasuk khemah, selimut dan bantuan kemanusiaan yang lain bagi memenuhi permintaan daripada kerajaan Malaysia.

Menurut kenyataan itu, pada 1 Jan lepas, kerajaan Jepun menyediakan bantuan kecemasan bernilai lebih RM500,000 dalam bentuk barangan seperti penjana, penapis air dan bantuan kemanusiaan lain kepada mangsa banjir.

“Kerajaan Jepun sentiasa bersedia untuk membantu Malaysia dalam apa-apa keadaan tragedi dan berharap bahawa kerajaan dan rakyat Malaysia akan terus menghadapi kesulitan dengan tabah, dan memulihkan kehidupan yang stabil kepada penduduk di kawasan-kawasan tejejas dengan secepat mungkin,” kata kenyataan itu.

Lapan negeri dilanda banjir besar secara berperingkat mulai pertengahan bulan lepas dengan Kelantan, Terengganu dan Pahang antara negeri paling teruk terjejas dan lebih 200,000 orang dipindahkan semasa kemuncak bencana. - Bernama
Tokyo Tawar Bantuan Kecemasan Tambahan Kepada Mangsa Banjir Tokyo Tawar Bantuan Kecemasan Tambahan Kepada Mangsa Banjir Reviewed by Salfian Nawawi on January 17, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.