Seo Services

Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat, Kelantan, Sabah Kekal



KUALA LUMPUR: Bilangan mangsa banjir di Sarawak mencatatkan peningkatan Isnin malam, manakala di Kelantan dan Sabah tidak berubah berbanding petang tadi.

Di SARAWAK, jumlah mangsa banjir meningkat semula malam ini apabila 940 orang daripada 296 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan banjir sekitar negeri itu, berbanding 471 orang daripada 148 keluarga petang tadi.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sarawak berkata sebuah pusat pemindahan di Bintulu dibuka, menjadikan enam pusat pemindahan masih beroperasi di negeri itu dengan Bintulu menempatkan jumlah tertinggi iaitu 469 orang, diikuti 351 orang di Limbang, Mukah (66) dan Samarahan (54).

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir kekal malam ini membabitkan 255 orang daripada 62 keluarga ditempatkan di lapan pusat pemindahan di Kuala Krai.

Jurucakap MKN Kelantan berkata sehingga kini kesemua mangsa masih ditempatkan di dewan sekolah, kilang dan masjid berikutan rumah mereka hanyut atau rosak teruk akibat banjir yang berlaku Disember lepas.

Di SABAH, menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Beaufort, jumlah mangsa banjir malam ini kekal 47 orang daripada 10 keluarga yang ditempatkan di satu pusat pemindahan di Dewan Baru Membakut.- BERNAMA
Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat, Kelantan, Sabah Kekal Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat, Kelantan, Sabah Kekal Reviewed by Unknown on January 27, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.