KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Sarawak sehingga 9.30 malam ini berkurangan kepada 822 orang berbanding 975 orang yang direkodkan petang tadi.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sarawak berkata mangsa daripada 230 keluarga itu ditempatkan di tiga pusat pemindahan di Bintulu dan sebuah lagi di Miri.
Katanya pusat pemindahan di Bintulu menempatkan 811 mangsa dari 226 keluarga, manakala 11 mangsa daripada empat keluarga ditempatkan di pusat pemindahan di Miri.
Di SABAH, jurucakap Bilik Gerakan Banjir Beaufort berkata mangsa banjir yang masih ditempatkan di pusat pemindahan Dewan Baru Membakut malam ini kekal tiga orang daripada satu keluarga.
- BERNAMA
Mangsa Banjir Di Sarawak Menurun Sedikit, Sabah Kekal Tiga Orang
Reviewed by Unknown
on
January 29, 2015
Rating:
No comments: