KUALA LUMPUR: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) 2015-2025 yang akan diumumkan Mac ini, akan menjadi teras ke arah mentransformasi dan meningkatkan mutu pengajian tinggi negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pelan pembangunan tersebut telah dibentangkan dalam mesyuarat mingguan Kabinet pada Rabu.
"Insya-Allah, saya yakin ia - Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) - akan memacu peningkatan prestasi pengajian tinggi negara," kata perdana menteri dalam catatan terbarunya di laman Facebook dan Twitternya, Rabu malam.
Ahad lepas, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Datuk Dr Asma Ismail berkata pelan tersebut dijangka diumumkan Mac ini dan antara lain bertujuan mentransformasi dan meningkatkan standard pendidikan tinggi negara.
"Pelan ini akan menentukan bentuk graduan yang kita mahu lahirkan, selain menggilap bakat pelajar dan juga pensyarah," kata Dr Asma.- BERNAMA
Pelan Pembangunan Pendidikan Negara Pengajian Tinggi Jadi Teras Transformasi Pendidikan Negara - PM
Reviewed by Unknown
on
January 29, 2015
Rating:
No comments: