Seo Services

Mangsa Banjir Di Sabah Dan Sarawak Berkurangan 5 Petang Ini



KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Sarawak dan Sabah bertambah pulih dengan jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan berkurangan kepada 978 orang setakat 5 petang ini berbanding 1,090 orang tengah hari tadi.

Menurut Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sarawak, jumlah mangsa banjir di negeri itu berkurangan kepada 975 orang berbanding 1,079 orang seperti direkodkan tengah hari tadi.

Beliau berkata mangsa daripada 280 keluarga itu ditempatkan di tiga pusat pemindahan di Bintulu dan sebuah pusat pemindahan di Miri.

Katanya pusat pemindahan di Bintulu menempatkan 964 mangsa manakala 11 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan di Miri.

Di SABAH, jurucakap Bilik Gerakan Banjir Beaufort berkata hanya tiga mangsa daripada satu keluarga masih berada di pusat pemindahan Dewan Baru Membakut petang ini berbanding 11 mangsa daripada tiga keluarga tengah hari tadi.- BERNAMA
Mangsa Banjir Di Sabah Dan Sarawak Berkurangan 5 Petang Ini Mangsa Banjir Di Sabah Dan Sarawak Berkurangan 5 Petang Ini Reviewed by Unknown on January 28, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.