SEGAMAT: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mengesyorkan agar aktiviti pembalakan dihentikan selama 10 tahun di setiap kerajaan negeri sebagai satu daripada usaha untuk membendung bencana banjir.
Shahidan, yang juga Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkata kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri harus bekerjasama untuk mengisytiharkan Malaysia sebagai negara 'bebas balak', jika ingin melihat negara ini terselamat daripada bencana banjir.
"Saya cadangkan berhentilah melakukan pembalakan. Mereka (kerajaan negeri) kena berbincang dengan kerajaan pusat untuk cari sumber pendapatan lain (selain daripada balak)," katanya kepada kepada pemberita selepas melawat enam keluarga yang terjejas akibat banjir di pusat pemindahan Balai Raya Kampung Batu Badak.
Beliau berkata kerajaan memandang serius isu pembalakan yang berlaku di sesetengah tempat seperti di Marang (Terengganu), Jerantut dan Cameron Highlands (Pahang) serta Gua Musang (Kelantan).
"Melihat contoh di Kelantan sahaja, banyak kawasan hutan yang cantik-cantik, tetapi sayang disebabkan ada tangan-tangan manusia, tempat ini rosak hingga tidak bernilai apa-apa lagi," kata beliau. - RTM
MKN Saran Semua Kerajaan Negeri Hentikan Pembalakan Selama 10 Tahun
Reviewed by Salfian Nawawi
on
January 14, 2015
Rating:
Reviewed by Salfian Nawawi
on
January 14, 2015
Rating:

No comments: