IPOH: Seorang penarik kereta dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini atas kesalahan mengedar dadah jenis Methaphetamine empat tahun lalu.
Pesurujaya Kehakiman Noorin Badaruddin mendapati tertuduh, S Marimuthu, 30, bersalah dan menjatuhi hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan.
Tertuduh berasal dari Pusing didakwa mengedar 96.1 gram dadah berkenaan di meja sebelah kiri bahagian luar kaki lima Restoran Karisma di No 59, Jalan PBC 1, Simpang Pulai di sini pada kira-kira jam 11.45 malam pada 23 Ogos 2011.
Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 39B (2) akta sama iaitu gabtung sampai mati.
Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya How May Ling manakala tertuduh diwakili Ranjit Singh.-BH
Penarik Kereta Dihukum Gantung Bersalah Edar Dadah
Reviewed by Unknown
on
January 29, 2015
Rating:
No comments: