KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 828 orang pagi ini berbanding 822 orang yang direkodkan malam tadi.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sarawak berkata, 814 mangsa daripada 229 keluarga itu ditempatkan di tiga pusat pemindahan di Bintulu manakala 14 mangsa daripada enam keluarga lagi ditempatkan di sebuah pusat pemindahan di Miri.
Sementara itu, satu-satunya pusat pemindahan banjir di Sabah iaitu Dewan Baru Membakut ditutup pada 8 pagi tadi selepas tiga mangsa yang ditempatkan di pusat itu dibenarkan pulang.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Beaufort berkata, cuaca baik hari ini membolehkan mereka pulang ke rumah masing-masing.-BERNAMA
Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat, Sabah Pulih Sepenuhnya
Reviewed by Unknown
on
January 29, 2015
Rating:
Reviewed by Unknown
on
January 29, 2015
Rating:

No comments: