Seo Services

Gwyneth Kesal Tak Buat Video Seks Masa ‘Couple’ Brad Pitt


MACAM lawak dan tak masuk akal pun ada terhadap kekesalan yang disuarakan bintang Hollywood, Gwyneth Paltrow ni.

Mana taknya, dia berasa kesal kerana tidak membuat sebarang rakaman video seks ketika berpacaran dengan Brad Pitt suatu ketika dulu.

Pemenang Anugerah Academy itu memberitahu penyampai radio Amerika Syarikat, Howard Stern bahawa ketika zamannya ber-dating dengan aktor tersebut, teknologi telefon bimbit ketika itu tidak dilengkapi dengan kamera mahupun video.

Bekas isteri penyanyi Coldplay Chris Martin itu berkata, dia jatuh cinta dengan Pitt yang kini suami Angelina Jolie ketika berada di set penggambaran Seven yang membawa kepada pertunangan mereka sebelum berpisah pada 1997.

“Saya masih muda ketika itu dan berusia 22 tahun. Saya tidak bersedia dengan apa-apa komitmen dan dia pula jauh lebih baik buat saya. Saya benar-benar tidak tahu apa yang saya lakukan pada ketika itu,” katanya. -MYNEWSHUB.CC
Gwyneth Kesal Tak Buat Video Seks Masa ‘Couple’ Brad Pitt Gwyneth Kesal Tak Buat Video Seks Masa ‘Couple’ Brad Pitt Reviewed by uMieySurianie on January 29, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.