Seo Services

Polis Kuching Rampas Ganja Bernilai Lebih Dari Suku Juta Ringgit

 
 

KUCHING: Polis Narkotik Kuching telah berjaya menahan lima individu termasuk seorang wanita dan merampas lebih satu kilogram ganja dan pelbagai jenis dadah dalam dua serbuan berasingan baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching ACP Roslan Bek Ahmad ketika mengesahkan rampasan dan tangkapan, menyatakan setakat ini, ianya adalah rampasan dadah yang terbesar di Kuching setakat tahun 2015.

Dalam serbuan semalam, polis telah menyerbu sebuah rumah di Jalan Bako, Taman Siol Kandis lebih kurang jam 12 tengah malam dimana sepasang suspek, kedua-duanya berusia 29-tahun yang disyaki terlibat dalam pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

Setelah pemeriksaan dijalankan di permis berkenaan, polis menemui lebih dari satu kilogram ganja dan saringan awal ujian air-kencing juga mendapati lelaki tersebut positif dadah.

Anggaran harga pasaran dadah tersebut bernilai RM250,000 dan kedua suspek ditahan reman selama seminggu untuk membantu siasatan kes yang disiasat dibawah Sekyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Dalam kes kedua, polis telah memberkas tiga lelaki berusia di antara 21 dan 36-tahun serta merampas dadah jenis ganja, Erimin5 dan Syabu dalam satu serbuan ke atas sebuah rumah di Taman BDC, Stampin di sini semalam.

Serbuan pada jam empat petang itu dilakukan ke atas suspek kerana disyaki terlibat dalam pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

Keputusan saringan awal ujian air-kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah dan nilai dadah berkenaan dianggarkan sebanyak lebih dari RM100,000.

Ketiga-tiga suspek juga kini ditahan reman untuk membantu siasatan kes yang disiasat dibawah Sekyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. - Sarawakiana
Polis Kuching Rampas Ganja Bernilai Lebih Dari Suku Juta Ringgit Polis Kuching Rampas Ganja Bernilai Lebih Dari Suku Juta Ringgit Reviewed by Salfian Nawawi on January 29, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.