Seo Services

Sikap Lebih Waspada Elak Kemalangan Kanak-kanak Di Rumah


KOTA DAMANSARA: Keprihatinan dan sikap lebih berwaspada oleh ibu bapa dan keluarga haruslah dititikberatkan dalam menangani kemalangan yang melibatkan kanak-kanak dirumah seperti yang telah terjadi ke atas kanak-kanak yang terjatuh dari rumah pangsa semalam.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato’ Sri Hajah Rohani Abdul Karim menyaran agar ibu bapa, penjaga dan masyarakat supaya lebih memberi keutamaan kepada penjagaan kanak-kanak agar perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.

Beliau menzahirkan rasa sedih dan simpati ke atas kejadian yang telah menimpa kanak-kanak yang berusia lima tahun yang dipercayai maut akibat terjatuh dari rumah pangsa tingkat enam di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Kejadian yang melibatkan kanak-kanak malang itu dikatakan berpunca dari kawasan bangunan kediaman berkenaan yang dikatakan tidak selamat hingga menyebabkan mangsa terjatuh daripada tingkat enam.

Rohani berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan terus membantu keluarga mangsa kerana ibu kandung mangsa adalah penerima Bantuan Kanak-Kanak sebanyak RM400 sebulan sejak tahun 2013 hingga kini.

Dalam masa yang sama, JKM juga turut menyediakan perkhidmatan sokongan kepada ahli keluarga yang lain seperti perkhidmatan kaunseling untuk mengatasi trauma akibat daripada kejadian yang menimpa dan lain-lain perkhidmatan sekiranya bersesuaian. - Sarawakiana
Sikap Lebih Waspada Elak Kemalangan Kanak-kanak Di Rumah Sikap Lebih Waspada Elak Kemalangan Kanak-kanak Di Rumah Reviewed by uMieySurianie on January 29, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.