SHAH ALAM: Polis Bukit Aman berjaya menyelesaikan 12 kes kecurian kenderaan pacuan empat roda bernilai RM1.6 juta di sekitar Lembah Klang dengan penahanan tiga lelaki berusia 38 hingga 44 tahun di sebuah gudang di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang pada 8 Disember lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, sembilan daripada 12 kenderaan pacuan empat roda yang ditemui sudah dimasukkan ke dalam kontena untuk dieksport ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Beliau berkata, tiga suspek terbabit bertindak sebagai orang tengah bagi membawa kenderaan yang dicuri antara November tahun lalu hingga pertengahan Januari itu untuk dimasukkan ke dalam kontena sebelum dieksport ke luar negara.
"Dengan tertangkapnya tiga suspek ini, polis percaya dapat melumpuhkan sindiket curi kenderaan empat roda ini yang menjadikan negara Timur Tengah sebagai pasaran utama," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini,sebentar tadi.-BH
Polis Tumpas Sindiket Curi Kenderaan Bernilai RM1.6 Juta
Reviewed by Unknown
on
January 28, 2015
Rating:
Reviewed by Unknown
on
January 28, 2015
Rating:

No comments: