LAHORE: Pakistan pada Sabtu melaksanakan hukuman mati ke atas seorang militan, selepas sebuah mahkamah menolak pengampunan daripada keluarga mangsa.
Ini adalah pelaksanaan hukuman mati ke-19 di Pakistan, sejak Islamabad membatalkan penangguhan selama enam tahun untuk melaksanakan hukuman mati bagi kes keganasan, susulan serangan di Sekolah Awam Tentera di Peshawar yang meragut 150 nyawa, bulan lalu.
Ikramul Haq yang merupakan anggota Lashkar-e-Jhangvi, dihukum mati di tengah bandar Lahore, pada awal pagi Sabtu.
Sebuah mahkamah anti keganasan menjatuhkan hukuman mati kepadanya, pada 2004, kerana membunuh seorang Muslim, pada 2001.
Namun, keluarga mangsa telah mengampunkan dia pada 8 Januari lalu, sejurus sebelum dia dijadualkan menjalani hukuman mati itu, bagaimanapun sebuah mahkamah menolak pengampunan itu.
“Keluarga mangsa telah mengampunkan anak guam saya, tetapi mahkamah menolaknya dan ketika kami membuat rayuan terhadap keputusan itu, anak guam saya telah dihukum gantung,” kata Mangan kepada AFP.
Mengikut undang-undang Pakistan, jenayah membunuh boleh dimaafkan dengan wang tebus darah, sementara kumpulan militan boleh memilih untuk memaafkan pembunuh daripada pihak lawan.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Kesatuan Eropah, Amnesty International dan Pemerhati Hak Asasi Manusia menggesa Pakistan melaksanakan semula hukuman mati untuk kes keganasan yang ditangguhkan pada 2008 hingga Disember lalu.
Namun, aktivis hak asasi manusia mendakwa, Pakistan menyalahgunakan undang-undang anti keganasan dan mahkamah untuk mendakwa penjenayah biasa.
Serangan sekumpulan penembak dan pengebom berani mati di Sekolah Awam Tentera, di Peshawar, pada 16 Disember lalu, telah meragut 150 nyawa, dengan 134 daripadanya adalah kanak-kanak. - RakyatPost
Seramai 19 Militan Digantung Dalam Tempoh Sebulan
Reviewed by Salfian Nawawi
on
January 17, 2015
Rating:
No comments: