Seo Services

Angin Kencang, Laut Bergelora Dijangka Berterusan Hingga 7 Feb


Angin kencang dan keadaan laut bergelora di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Sabah (Kudat, pantai barat dan pedalaman) serta Labuan dijangka berterusan sehingga Sabtu ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata keadaan angin timur laut yang bertiup selaju 50-60 km/jam dengan ombak hingga setinggi 4.5 meter itu, berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai, termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Jabatan itu juga berkata paras laut di kawasan pesisir Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur berkemungkinan meningkat hingga 7 Feb.

Sementara itu, ribut petir di perairan Bunguran, Kuching dan Selat Melaka dijangka berterusan hingga awal petang ini.

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran bahawa angin kencang dan keadaan laut bergelora di perairan Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan serta di perairan Samui, Tioman, Bunguran, Reef South, Kuching dan Labuan akan berterusan hingga Sabtu ini.

Keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai, termasuk kegiatan penangkapan ikan dan perkhidmatan feri, kata kenyataan itu. – BERNAMA
Angin Kencang, Laut Bergelora Dijangka Berterusan Hingga 7 Feb Angin Kencang, Laut Bergelora Dijangka Berterusan Hingga 7 Feb Reviewed by Unknown on February 05, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.