Seo Services

Beberapa Pemimpin PKR Sarawak Bakal Sertai PBB


Beberapa orang pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada peringkat ranting di Katibas, Baleh, Pakan dan Miri dikhabarkan akan meninggalkan PKR untuk menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dalam masa yang terdekat ini.

"Antara alasan yang diberi adalah mereka berbuat demikian adalah mereka amat tertarik dengan kepimpinan dan pendekatan yang telah dipamirkan oleh Ketua Menteri yang baru iaitu Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Haji Satem."

Ini didedahkan oleh salah seorang ahli Majlis Tertinggi PBB kepada Sarawakiana sebentar tadi setelah menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi PBB di Ibupejabat PBB di Bako, Kuching.

"Buat masa ini, kami tidak boleh mendedah mana-nama mereka sekarang namun apa yang pasti, satu majlis penyerahan borang keahlian PBB oleh mereka (yang keluar PKR) akan diadakan dalam masa yang terdekat ini."

Ditanya samada, apakah faktor Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dihukum penjara selama lima tahun kerana didapati salah meliwat bekas pembantu khasnya Saiful Bukhari yang menyebabkan pemimpin-pemimpin PKR berkenaan berhasrat meninggalkan PKR, beliau, yang enggan identitinya didedahkan hanya tersenyum.

"Saya kurang pasti tentang itu tapi yang nyata, mereka nampaknya sudah kehilangan keyakinan dengan PKR dan menyedari pilihan terbaik untuk rakyat Sarawak adalah bersama Barisan Nasional (BN) dan PBB," katanya lagi. - Sarawakiana
Beberapa Pemimpin PKR Sarawak Bakal Sertai PBB Beberapa Pemimpin PKR Sarawak Bakal Sertai PBB Reviewed by Salfian Nawawi on February 14, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.