Seo Services

PBB Sudah Bersedia Menghadapi PRN Ke-11


KUCHING: "Kami bersedia .. bila-bila masa sahaja." .. itu jawapan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Haji Satem apabila ditanya pemberita mengenai persediaan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-11 nanti.

Adenan, yang juga Presiden PBB berkata, yang pastinya, PRN Ke-11 tersebut akan diadakan sebelum Jun tahun hadapan.

Jelasnya, sudah tentu kita telah membuat persediaan dan sebahagian sedang dijalankan, cuma mungkin anda yang tidak nampak ianya sedang dilaksanakan dengan secara terbuka.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB yang diadakan di ibupejabat PBB di Jalan bako tengahari tadi.

Adenan menyatakan antara perkara yang dibincangkan pada mesyrauart tadi adalah polisi kerajaan negeri, parti dan Barisan Nasional (BN) serta projek-projek yang dilaksanakan bagi memberikan khidmat lebih baik kepada rakyat.

Sebelum itu, beliau merasmikan Laman Web PBB (www.pbb.org.my) yang mempamir berita-berita dan maklumat berkaitan serta PBB termasuk pendaftaran keahlian parti secara on-line.

"Dengan kemudahan mendaftar secara on-line, ianya akan memperkukuhkan lagi parti serta memudahkan rakyat mendaftar menjadi ahli parti," katanya sambil menambah setakat ini, PBB lebih dari 300,000 ahli dan kami mahu terus menambahkan lagi penyertaan.

Beliau menyatakan, dari jumlah berikut, seramai 22,000 ahli PBB yang masih belum mendaftar sebagai pengundi akan didaftarkan. - Sarawakiana
PBB Sudah Bersedia Menghadapi PRN Ke-11 PBB Sudah Bersedia Menghadapi PRN Ke-11 Reviewed by Salfian Nawawi on February 14, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.