Seo Services

Bukannya PBB Tidak Suka UMNO Tapi ..


KUCHING: Peringatan acapkali mengenai UMNO agar tidak perlu masuk ke Sarawak bukanlah bermakna Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tidak suka kepada parti berkenaan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Haji Satem berkata, bukan kerana tidak suka UMNO datang ke sini tapi sebabnya adalah kerana sebenarnya sudah ada pun "UMNO" di sini, mungkin cuma namanya berbeza (PBB), namun ianya lebih atau kurang adalah sama.

Jelasnya, orang Melayu di Sarawak sentiasa bekerjasama dengan bumiputera lain seperti Iban, Bidayuh, Melanau dan lain-lain dengan jayanya dan kerjasama ini berhasil, mengapa ianya perlu diubah.

Adenan, yang juga merupakan Presiden PBB berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB yang diadakan di ibupejabat PBB di Jalan bako tengahari tadi.

"Pihak pembangkang sering membangkitkan perkara ini agar menimbulkan rasa "takut" kepada rakyat," katanya lagi.

"Saya sendiri telah menjelaskan perkara ini kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau memahami serta memberitahu yang UMNO tidak pernah ada niat untuk datang ke sini," kata Adenan. - Sarawakiana
Bukannya PBB Tidak Suka UMNO Tapi .. Bukannya PBB Tidak Suka UMNO Tapi .. Reviewed by Salfian Nawawi on February 14, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.