Seo Services

Interaksi Polis dan Masyarakat Membendung Jenayah



KUCHING: Program Kayuhan Cegah Jenayah iaitu program bersama masyarakat yang ditaja Polis Daerah Kuching bersama dengan pihak Pullman Hotel Kuching membawa mesej cegah jenayah di Bandaraya Kuching.

Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching ACP Roslan Bek Ahmad berkata, program ini disertai lebih kurang 300 orang merangkumi anggota polis serta masyarakat di seluruh Bandaraya Kuching.

"Tujuan kayuhan ini tidak lain dan tidak bukan untuk membawa mesej kepada masyarakat bahawa mencegah jenayah adalah perlu," kata Roslan kepada pemberita pada majlis pelancaran Program Kayuhan Cegah Jenayah di hadapa Pullman Hotel kuching pagi tadi.

"Jadi kita maklum bahawa dengan kerjasama masyarakat bersama polis, Bandaraya Kuching telah berjaya mengekang peningkatan kegiatan jenayah malah menurunkan kegiatan jenayah kali ke-empat berturut-turut."

"Kita positif ini adalah kerana kerjasama bersama masyarakat setempat dan tanpa kerjasama masyarakat ia mustahil untuk dicapai."

"Polis bukannya malaikat, jadi polis peerlukan kerjasama daripada masyarakat untuk menyalurkan maklumat. Kita tidak perlukan masyarakat untuk menjadi polis atau mengambil alih tugas polis tetapi kami memerlukan kerjasama daripada mereka untuk menyalurkan maklumat," kata Rosalan lagi.

Menasihati masyarakat jika terpandang sesuatu kejadian di depan mata agar melaporkan kejadian tersebut, beliau juga mengingatkan sekiranya ada terdengar sesuatu perkara yang boleh menyalahi undang-undang, lapor kepada polis kerana PDRM mahu masyarakat menjadi mata dan telinga polis.

Ditanya apakah masyarakat boleh mengambil tindakan sendiri sekiranya ada berlaku jenayah, Roslan berkata, ianya tidak menjadi satu kesalahan sebagai contoh, masyarakat juga mempunyai kuasa untuk menangkap sebagai orang awam.

"Bagi kes-kes yang berlaku depan mata orang awam mempunyai kuasa untuk menangkap tetapi kami mencadangkan jika sekiranya mempunyai waktu dan masa laporan hendaklah dibuat dengan segera ataupun beri maklumat kepada polis."

"Biar tindakan diambil oleh pihak polis dan dalam keadaan tertentu, mana yang tidak sempat membuat laporan, sebagai contoh pencuri telah menceroboh ke dalam rumah. Pencuri tersebut telah berjaya ditangkap oleh penghuni rumah ini adalah tidak salah kerana pencuri itu telah melakukan kesalahan pecah rumah."

Tetapi mereka mestilah menyerahkan segera kepada pihak polis. Mereka tidak boleh mengikat lama ataupun sebagainya dikhuatiri nanti boleh mengakibatkan kurungan salah, nasidhat Roslan lagi.

Roslan bagaimanapun menyarankan kepada orang ramai menyerahkan mana-mana suspek atau pesalah yang ditangkap kepada polis.

"Jika boleh, jangan mengambil tindakan mencederakan, memukul dan sebagainya, menjadi kesalahan lain pula dimana sesiapa yang mendatangkan kecederaan kepada orang lain boleh disabit dibawah Seksyen 323, 324,325 ataupun 326 Kanun Keseksaan."

"Jadi kita sarankan kepada masyarakat jangan ambil tindakan sendiri dan buat undang-undang sendiri kerana undang-undang haruslah diputuskan oleh mahkamah, jadi, kita dakwa dahulu di mahkamah, biar mahkamah yang memutuskan."

"Kita takut satu jenayah yang tidak seberapa telah berlaku, tetapi orang yang menangkap itulah yang memukul lagi teruk hukuman. Terbalik pula yang memukul kena hukum. Ini salah di sisi undang-undang," katanya lagi.

Pada program tersebut, perjalanan sepanjang 25km di sekitar pusat bandar itu merangkumi jalan di Bukit Mathies, sepanjang Kuching Waterfront, Bazar Utama, Dewan Undangan Negeri (DUN) baru dan kembali ke Pullman Hotel Kuching.

Sebelum itu, Pengurus Besar Pullman Kuching Felix Yeo berkata, keselamatan dan secutiry sentiasa menjadi keutamaan mereka di hotel dan mereka komited untuk bekerjasama dengan pelbagai rakan kongsi untuk mewujudkan tempat yang selamat untuk hidup, bekerja dan perjalanan untuk tetamu, kakitangan dan masyarakat.

"Jenayah boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, bila-bila masa mana-mana sahaja. Walau bagaimanapun, banyak jenayah boleh juga dicegah oleh itu adalah penting untuk kita sentiasa berwaspada pada setiap masa dan bermain bahagian yang sangat kami dalam pencegahan jenayah," katanya lagi.

"Sebagai salah sebuah hotel terkemuka di pusat bandar dengan kira-kira 300 orang kakitangan, kita boleh menjadi mata dan telinga polis bukan sahaja di tempat kerja, tetapi juga di tempat-tempat kita bergaul."

Selain daripada mewujudkan kesedaran pencegahan jenayah dan meningkatkan kerjasama dengan pihak polis dan orang awam, kelab Cop Kuching Cycling Club yang ditubuh pada tahun 2014, ini juga bertujuan untuk menggalakkan aktiviti luar yang sihat di kalangan peduduk bandaraya Kuching. - Sarawakiana
Interaksi Polis dan Masyarakat Membendung Jenayah Interaksi Polis dan Masyarakat Membendung Jenayah Reviewed by Salfian Nawawi on February 08, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.