Berikutan penurunan harga minyak berkuatkuasa 1 Februari 2015, sudah tiba masa suara pengguna diberi keutamaan, iaitu penurunan harga barang oleh para pemborong dan para peniaga.
Menteri Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Keluarga Dato Sri Hajah Rohani Karim berkata, ini tidak ada kaitan dengan sentimen perkauman, oleh yang demikian, beliau amat setuju dengan mesej dalam kenyataan Dato' Sri Ismail Sabri untuk memberikan tekanan kepada para pemborong dan peniaga yang enggan menurunkan harga barangan agar segera berbuat demikian.
"Sebelum ini mereka memberi alasan kenaikan harga adalah akibat dari kenaikan harga minyak. Kini harga minyak turun, para peniaga harus mengambil pendekatan yang membantu pengguna dengan menurunkan harga pada kadar yang sepatutnya."
"Pada masa yang sama, pengguna juga harus bijak dalam menangani isu dengan cara 'bijak berbelanja' dan menggunakan kuasa atau hak sebagai pengguna," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
"Pada masa yang sama, pengguna juga harus bijak dalam menangani isu dengan cara 'bijak berbelanja' dan menggunakan kuasa atau hak sebagai pengguna," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
"Saya juga amat bersetuju dengan mesej beliau yang menyatakan seharusnya kita berpegang kepada prinsip, di mana apa sahaja isu yang melibatkan BN, kita patut bincang bersama-sama, dan bukannya bertelagah secara terbuka," katanya lagi. - Sarawakiana
Isu Turun Harga Barang: Suara Pengguna Patut Diberi Keutamaan
Reviewed by Salfian Nawawi
on
February 03, 2015
Rating:
Reviewed by Salfian Nawawi
on
February 03, 2015
Rating:

No comments: