Seo Services

Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat Kepada 1,217 Orang

KUCHING, 3 Feb (Bernama) -- Sebanyak 306 lagi mangsa banjir di Sarawak dipindahkan setakat 4 petang ini, menjadikan keseluruhannya 1,217 orang daripada 264 keluarga dipindahkan ke lima buah pusat pemindahan banjir.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sarawak berkata peningkatan jumlah itu dilaporkan di bahagian Sibu.

Katanya kini terdapat 995 mangsa daripada 218 keluarga yang berada di dua buah pusat pemindahan.

Pada 8 pagi ini, jumlah mangsa dipindahkan di Sibu adalah 701 orang daripada 172 keluarga.

Bahagian Betong masih mencatatkan 172 mangsa daripada 27 keluarga yang berada di dua buah pusat pemindahan.

Beliau berkata di Mukah, kini terdapat 50 mangsa daripada 19 keluarga yang berada di sebuah pusat pemindahan.

Sementara itu, semua mangsa banjir di bahagian Sarikei telahpun pulang ke rumah masing-masing setelah air surut sepenuhnya dan pusat pemindahan banjir ditutup pada 1 tengah hari ini.

-- BERNAMA
Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat Kepada 1,217 Orang Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat Kepada 1,217 Orang Reviewed by Admin on February 03, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.