Seo Services

Kebakaran Gudang Di China, 17 Maut



HONG KONG: Sekurang-kurangnya 17 orang maut dalam kebakaran di sebuah gudang, lapor agensi berita Xinhua, hari ini.

Kebakaran berlaku pada petang semalam di tingkat empat pasar borong di daerah Huidong, wilayah Guangdong.

Anggota bomba mengambil masa lebih enam jam untuk memadamkan kebakaran dan tiada sebarang maklumat lanjut diperoleh.

China, ekonomi kedua terbesar dunia, mempunyai terlalu banyak kes kebakaran di tempat kerja.

Pekerja tidak mendapat latihan mencukupi atau tiada peralatan bagi melindungi mereka daripada kemalangan di tempat kerja.

Kebakaran di sebuah pusat penyembelihan ayam di timur laut wilayah Jilin pada Jun 2013 menyebabkan 120 orang terkorban.

Kebakaran itu berpunca akibat pengurusan yang lemah, kurang pemantauan kerajaan dan laluan keluar atau pintu keluar tersekat. - Reuters
Kebakaran Gudang Di China, 17 Maut Kebakaran Gudang Di China, 17 Maut Reviewed by Unknown on February 06, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.