Seo Services

Tidak Kira Bangsa, Semua Peniaga Perlu Bersikap Adil


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini menggesa semua peniaga bersifat adil menurunkan harga barang seiring pengurangan kos kesan daripada penurunan harga minyak.

Perdana Menteri turut mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa isu berkenaan penurunan harga barang ini tiada kaitan sama sekali dengan bangsa seseorang peniaga.

Katanya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK) sudah ditugaskan melakukan pemantauan lebih kerap di seluruh negara bagi memastikan peniaga dan pemborong tidak menaikkan harga barang sesuka hati.

"Pada masa yang sama, kita juga boleh menggunakan kuasa sebagai pengguna dengan tidak membeli barangan dari peniaga yang menjual dengan harga yang tidak berpatutan.

"Kesannya, peniaga seperti ini akan terpaksa menurunkan harga barang sejajar dengan kos," katanya seperti dipetik menerusi laman blognya, NajibRazak.com, pagi ini.
Tidak Kira Bangsa, Semua Peniaga Perlu Bersikap Adil Tidak Kira Bangsa, Semua Peniaga Perlu Bersikap Adil Reviewed by Unknown on February 06, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.