Seo Services

Kementerian Kesihatan Nasihat Jangan Pakai ‘Fake Braces‘



KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan Malaysia mengingatkan orang ramai terutama golongan muda supaya tidak membeli dan menggunakan pendakap gigi palsu kerana boleh mengundang risiko kesihatan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam berkata, peringatan itu dibuat kerana terdapat trend dalam kalangan golongan muda masa kini membeli pendakap gigi palsu melalui internet untuk tujuan fesyen.

“Terdapat satu trend yang semakin meningkat, fesyen yang tidak sihat ke atas gigi. Golongan muda membeli pendakap gigi palsu itu melalui peruncit dalam talian, pasaran gelap, salun kecantikan atau gerai terbuka.

“Penggunaan pendakap gigi palsu oleh mereka yang tidak layak boleh menyebabkan saraf dan saluran darah pada gigi mati serta mengalihkan gigi. Ini fesyen yang membimbangkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Subramaniam berkata, terdapat laporan pendakap gigi palsu yang tidak disyorkan oleh pengamal pergigian dan bukan untuk tujuan rawatan itu mengandungi plumbum.

Menurutnya, antara risiko penggunannya adalah masalah gusi, ulser mulut, jangkitan mulut, gigi beralih, karies gigi, kehilangan gigi dan penyakit lain.

“Walaupun reka bentuk dan warna yang menari, penggunaan alat yang tidak bersih boleh menyebabkan jangkitan . Alahan kepada bahan yang digunakan atau tertelan kelengkapan yang tercabut mungkin boleh berlaku,” katanya.

Mynewshub.cc pada 4 Februari lalu melaporkan seorang doktor melalui entri beliau di laman sosial memaklumkan penggunaan pendakap gigi palsu boleh mendatangkan mudarat buat si pemakai jika tidak dipasang dengan betul.

Contoh kesan rawatan fake braces adalah gigi bergerak tidak terkawal, goyang dan akhirnya terpaksa dicabut.

Bukan itu sahaja, logam yang digunakan sebagai ‘pengikat’ gigi juga sebenarnya mampu membuat gigi si pemakai reput dan rosak kerana ia menggunakan bahan tidak berkualiti. – mynewshub.cc


  
Kementerian Kesihatan Nasihat Jangan Pakai ‘Fake Braces‘ Kementerian Kesihatan Nasihat Jangan Pakai ‘Fake Braces‘ Reviewed by Unknown on February 08, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.