Seo Services

Kerana Dendam Bapa Nekad Tembak Mati Tujuh Anggota IS


Seorang lelaki warga Iraq bertindak menembak mati tujuh anggota militan Negara Islam (IS) bagi membalas dendam terhadap kumpulan pemberontak itu yang membunuh anaknya sebelum ini.

Basil Ramadan, 60, dilapor menggunakan selaras rifal AK-47 untuk menembak mati tujuh anggota kumpulan IS di pusat pemeriksaan kumpulan berkenaan di Tikrit, sebelum dia ditembak mati.

Anak Ramadan, Ahmed Basil, 18, merupakan seorang daripada lapan lelaki yang dibunuh IS pada Januari kerana didakwa menjadi pengintip bagi kerajaan Iraq.


Gambar hukuman mati terhadap anak Ramadan dan tujuh yang lain didedahkan IS kepada kerajaan Iraq sebagai amaran supaya tidak lagi mengupah pengintip.

Gambar bertajuk 'Hari Pembalasan' itu menyaksikan lapan lelaki yang dihukum tembak memakai baju berwarna oren seperti yang digunakan di penjara Guantanamo.

Ahmed Basil Ramadan ditahan oleh IS selepas dia didakwa memberi maklumat kepada kerajaan Iraq mengenai kedudukan rumah anggota kumpulan IS.
Kerana Dendam Bapa Nekad Tembak Mati Tujuh Anggota IS Kerana Dendam Bapa Nekad Tembak Mati Tujuh Anggota IS Reviewed by Unknown on February 03, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.