Seo Services

Twit Wartawan Jepun Yang Dipancung Tersebar Luas

Imej yang disiarkan di YouTube menunjukkan Kenji Goto memegang gambar tebusan Jordan, Juruterbang 1 Lt Mu'ath al-Kaseasbeh. - Foto AP
TOKYO: Satu twit yang memilukan oleh wartawan Jepun yang dibunuh, Kenji Goto sedang menjadi viral di media sosial hari ini, beberapa hari selepas dia dipancung oleh kumpulan militan Islam.

"Tutup mata anda dan bersabar. Ia sudah berakhir jika anda marah atau menjerit. Ia seakan-akan seperti berdoa. Membenci bukan sifat manusia, penghakiman adalah kerja Tuhan," demikian twit Goto, empat tahun lalu.

"Kawan saya orang Arab yang mengajar saya tentang perkara ini," katanya dalam twit yang dimuat naik dalam bahasa Jepun pada 7 September 2010.

Pada pagi ini, mesej berkenaan ditwit semula lebih 25,000 kali dalam bahasa Jepun, dengan versi Bahasa Inggeris juga tersebar dengan begitu meluas.

Pembunuhan kejam Goto oleh kumpulan militan Negara Islam (IS) mencetuskan perasaan emosi di Jepun, sebuah negara yang sebelum ini menganggap tidak mahu campur tangan dalam isu keganasan antara negara Barat terhadap kumpulan militan.

Pembunuhan Goto diumumkan menerusi satu rakaman yang dimuat naik pada Sabtu oleh militan IS dan seminggu selepas rakannya, Haruna Yukawa dipenggal. - AFP
Twit Wartawan Jepun Yang Dipancung Tersebar Luas Twit Wartawan Jepun Yang Dipancung Tersebar Luas Reviewed by Unknown on February 03, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.