Seo Services

Lawatan PUBS Ke Putrajaya


KUALA LUMPUR: Persatuan Usahawan Bumiputera Sibu (PUBS) mengadakan lawatan selama lima hari ke Putrajaya.

Seramai lebih 30 ahli PUBS yang diketuai oleh Penasihat PUBS Cr Zaiton Abdul Kadir dijadualkan akan melawat beberapa permis perindustrian di sepanjang lawatan mereka di sana.

PUBS yang di tubuh pada 13 Oktober 2014 adalah salah satu daripada persatuan yang agresif di bandar Sibu dengan aktiviti-aktiviti semasa dan tahunan.

Objektif lawatan PUBS ke Putrajaya adalah menimba pengalaman mencari peluang baru dan pengalaman mengendali pasar malam sambil melawat ke kilang-kilang IKS dan syarikat ushawan yang berjaya di Semenanjung.

Sempena lawatan tersebut, PUBS juga dijemput ke majlis makan malam bersama Menteri Di Pejabat Perdana Menteri Hajah Nancy Syukri dan ADUN Nangka Dr Annuar Rapaee, yang juga penaung PUBS. - Sarawakiana
Lawatan PUBS Ke Putrajaya Lawatan PUBS Ke Putrajaya Reviewed by Salfian Nawawi on February 01, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.