Seo Services

Penduduk Sri Aman, Sarawak Resah Kehabisan Stok Petrol


SRI AMAN: Berikutan penurunan harga petrol yang berkuatkuasa sejak tengah malam tadi beberapa stesen minyak di Sri Aman telah mengalami kehabisan stok minyak petrol.

Difahamkan, sebuah stesen minyak yang terletak di bandar Sri Aman telah ditutup sejak beberapa hari yang lalu.

Tinjauan Sarawakiana di lokasi tersebut petang tadi, kelihatan berduyun-duyun pemilik kenderaan beratur hampir sepanjang jarak 1kilometer untuk membeli minyak di salah satu stesen minyak yang dibuka.

Ada yang berpendapat, kemungkinan pemilik stesen minyak sengaja tidak mahu menjual stok petrol yang telah dibeli mengikut harga lama kerana tidak mahu rugi dan hanya membuat pesanan stok petrol pada harga terkini yang lebih murah.

Beberapa orang penduduk yang ditemui Sarawakiana berasa tidak puas hati dengan masalah kehabisan petrol yang melanda tempat mereka sejak beberapa hari lalu.

Berikut adalah perbandingan harga petrol lama dan yang terkini berkuatkuasa sejak tengah malam tadi;

RON95 dari RM1.91 kepada RM1.70

RON97 dari RM2.11 kepada RM2.00

Diesel dari RM1.93 kepada RM1.70. -Sarawakiana
Penduduk Sri Aman, Sarawak Resah Kehabisan Stok Petrol Penduduk Sri Aman, Sarawak Resah Kehabisan Stok Petrol Reviewed by Unknown on February 01, 2015 Rating: 5

1 comment:

  1. KPDNKK Perlu buat audit stok..dan tindakan batal lesen harus di kenakan jika sabit kesalahan
    Jgn tidur..!!!

    ReplyDelete

ads 728x90 B
Powered by Blogger.