Seo Services

Pernantian Selama 14-Tahun Jambatan Samarahan Berakhir


KOTA SAMARAHAN: Penantian selama 14 tahun buat kira-kira 240,000 penduduk di Bahagian Samarahan untuk mendapatkan jambatan Batang Samarahan tercapai hari ini apabila projek pembinaan infrastruktur tersebut dirasmikan pagi tadi.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata, perlaksanaan pembinaan jambatan Batang Samarahan bernilai RM 93.88 juta sepanjang 774 meter merentangi Kampung Baru ke Kampung Tambey dijangka siap pada tahun 2018.

"Jambatan yang menghubungkan Kota Samarahan dengan Asajaya itu bakal memberi impak besar sosial dan ekonomi kepada pembangunan di bahagian itu."

Beliau menambah, masalah perkhidmatan feri yang dialami penduduk di Bahagian Samarahan yang bergantung kepada paras air di Batang Samarahan juga akan dapat diatasi.

"Jambatan ini juga menjimatkan masa perjalanan dari Kota Samarahan ke Asajaya selama 30 minit."

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang yang mewakilinya pada Majlis Perasmian Pembinaan Jambatan Batang Samarahan.

"Jabatan Kerja Raya yang menjadi syarikat kontraktor dan pihak penyelia projek pembinaan jambatan diharap akan dapat melaksanakannya dengan lancar mengikut tempoh yang diberikan iaitu 36 bulan."

Adenan berkata, apabila siap jambatan ini nanti. masalah pengangkutan terutama penghantaran bahan-bahan mentah atau industri tidak lagi terganggu.

"Rakyat di negeri Sarawak turut berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang telah bersetuju melaksanakan projek Lebuhraya Pan Borneo itu menaiktaraf jalan di sepanjang jajaran First Trunk Road di negeri ini," katanya lagi.

Beliau juga menyatakan, projek tersebut merupakan projek yang berkeutamaan paling tinggi di negeri ini kerana dengan adanya Lebuhraya Pan Borneo ia dapat merancakkan lagi pembangunan dan meningkat taraf hidup rakyat. 

Turut hadir pada majlis tersebut; Menteri Kerja Raya Datuk Haji Fadillah Yusuf yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya, Menteri Pembangunan Infrastruktur Dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin Jawong dan dif-dif kenamaan yang lain. - Sarawakiana
Pernantian Selama 14-Tahun Jambatan Samarahan Berakhir Pernantian Selama 14-Tahun Jambatan Samarahan Berakhir Reviewed by Salfian Nawawi on February 06, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.