Seo Services

Rumah Kediaman Menteri Sarawak Ditembak



SIBU: Dua lagi kejadian tembak bangunan berlaku di sini pagi tadi dengan kediaman Menteri Kewangan II, Datuk Seri Wong Soon Koh, antara yang menjadi sasaran.

Kejadian pertama berlaku di kilang percetakan sebuah akhbar berbahasa Cina di kawasan perindustrian Sungai Antu.

Tembakan di kediaman Soon Koh di Jalan Ipoh di sini disedari anaknya, Datuk Andrew Wong Kee Yew, 39, yang terdengar bunyi letupan pada jam 5.35 pagi.

Selepas diperiksa, beliau menemui serpihan kaca tingkap selain menemui sembilan kesan peluru penabur.

Ketika kejadian, Soon Koh yang juga Presiden Parti Rakyat Bersatu (UPP) tiada di kediamannya kerana berada du Kuching.

Dalam satu lagi kejadian, kilang percetakan See Hua Daily News pula menjadi sasaran.

Kejadian itu disedari pengawal keselamatan yang terdengar bunyi tembakan pada jam 5.20 pagi.

Selepas diperiksa, ditemui serpihan kaca pintu hadapan bangunan kilang dengan sembilan kesan peluru penabur turut ditemui.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Mohd Kamal Kordi ketika mengesahkan kejadian itu berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati satu das tembakan dipercayai menggunakan senapang patah dengan peluru penabur 12 butir dilepaskan pada setiap bangunan.

"Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kedua-dua kejadian itu dan polis masih menyiasat motifnya serta mengesan pelakunya," katanya.

Khamis minggu lalu, dua kompleks membeli belah si bandar ini iaitu Wisma Sanyan dan Kompleks Premier menjadi sasaran tembakan.

Lapan lelaki sudah ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan.-BH
Rumah Kediaman Menteri Sarawak Ditembak Rumah Kediaman Menteri Sarawak Ditembak Reviewed by Unknown on February 06, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.