Seo Services

Polis Brazil Tembak Mati 13 Orang Disyaki Perompak



BRASILIA, Brazil: Polis Brazil menembak mati 13 orang disyaki merancang untuk merompak sebuah bank di bandar timur laut, Salvador, kata pegawai.

"Kumpulan seramai 30 orang lelaki merancang untuk merompak sebuah bank dan melepaskan tembakan ke arah polis apabila pihak berkuasa mendapat maklumat," kata Ibu Pejabat Polis Tentera Wilayah Bahia.

Tiga suspek dan seorang polis berpangkat sarjan turut mengalami kecederaan dalam tembak menembak itu.

Polis berkata, mereka merampas senapang berkaliber tinggi dan dadah selepas insiden berkenaan.

Penyiasatan sedang dijalankan terhadap kejadian itu.

Sumber polis berkata, pegawai mereka sedang bekerjasama dengan unit risikan bagi menyekat serangan terhadap mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di wilayah Bahia. - AFP
Polis Brazil Tembak Mati 13 Orang Disyaki Perompak Polis Brazil Tembak Mati 13 Orang Disyaki Perompak Reviewed by Unknown on February 07, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.