Seo Services

Projek Jalan Song/Sungai Yong Di Kanowit Akan Disiapkan Pada 2017



KANOWIT: Pembinaan Projek Jalan Dan Jambatan merentasi Sungai Kanowit sepanjang 360 meter termasuk jalan sejauh 2.6 km akan memanfaatkan lebih 100,000 penduduk di Song dan Kapit.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kos pembinaan projek tersebut bernilai RM50.3 juta dijangka siap pada 28 Jun 2017 merupakan sebahagian Projek Membina dan Menyiapkan Jalan Song/Sungai Yong.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan ketika lawatannya ke sini pada tahun 2011 bagi menghubungkan Daerah Sibu-Kanowit-Song-Kapit dan keseluruhan kos bagi pembinaan projek ini kira-kira RM716 juta bagi kemudahan kepada masyarakat di sini melalui jalan darat."

Shafie berkata demikian ketika sidang akhbar selepas melancarkan Projek Jalan Dan Jambatan merentasi Sungai Kanowit hari ini.

"Pihak kami juga akan memohon kepada Kementerian Kewangan bagi mendapatkan peruntukan jalan tambahan dari kampung-kampung ke jalan utama yang dibina sejauh 9.6 km dianggarkan sebanyak RM78 juta untuk melengkapkan lagi projek tersebut," katanya lagi.

"Projek-projek kementerian di Sarawak berjalan lancar seperti bekalan air, elektrik walaupun ada sedikit terlambat namun kerjasama kerajaan negeri dan pusat cukup baik yang membolehkan kita membangunkan kemudahan bagi masyarakat terutama di pedalaman."

Memberi jaminan yang kementeriannya juga akan membantu membaik pulih rumah yang terjejas ekoran banjir di Sarawak, beliau meminta pucuk kepimpinan negeri menyenaraikan rumah terjejas dalam masa terdekat.

Turut hadir pada majlis tersebut; Timbalan Menteri, Datuk Alexander Nanta Linggi, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Negeri Datuk Seri Michael Manyin Jawong dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan Datuk Gramong Juna. - Sarawakiana
Projek Jalan Song/Sungai Yong Di Kanowit Akan Disiapkan Pada 2017  Projek Jalan Song/Sungai Yong Di Kanowit Akan Disiapkan Pada 2017 Reviewed by Salfian Nawawi on February 07, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.