Seo Services

Suspek Tembak Rumah Kediaman Menteri Sarawak Ditahan


SIBU: Polis berjaya memberkas seorang suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tembakan ke rumah kediaman Menteri Kewangan Kedua Negeri Datuk Seri Wong Soon Koh hari ini.

Ini didedahkan oleh Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Mohd Kamal Kordi yang berkata, suspek diberkas kurang dari 10 jam setelah dua kes tembakan yang melibatkan rumah menteri berkenaan dan sebuah kilang percetakan akhbar Kumpulan See Hua semalam.

"Suspek tersebut adalah seorang tempatan yang berumur 30an ditangkap kira-kira 3 petang tadi di Taman Perumahan Rajang Park dipercayai daripada sebuah kumpulan "samseng" yang baharu aktif semula akan direman esok," katanya lagi.

"Polis percaya, kumpulan berkenaan juga dipercayai terlibat dalam sekurang-kurangnya empat kes tembakan di sini iaitu kes tembakan semalam dan dua kes tembakan di sebuah pasar raya di Jalan Sanyan dan Jalan Kampung Nyabor pada 30 Januari lalu."

"Siasatan awal kami kuja mempercayai kumpulan ini diupah oleh pihak tertentu bagi melepaskan tembakan berkenaan," katanya sambil menambah polis akan menyiasat kes-kes tersebut dari segenap sudut untuk memberkas mereka yang bertanggungjawab. - Sarawakiana
Suspek Tembak Rumah Kediaman Menteri Sarawak Ditahan Suspek Tembak Rumah Kediaman Menteri Sarawak Ditahan Reviewed by Salfian Nawawi on February 07, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.