Seo Services

SSKM: Polis Sabah Tahan 5 Individu


KOTA KINABALU: Polis menahan lima individu dipercayai ada kaitan dengan kumpulan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) selepas disyaki cuba mendapatkan sokongan berhubung aktiviti mereka, petang semalam.

Semua individu berusia 21 hingga 58 tahun terbabit termasuk dua wanita, ditahan di sekitar Pekan Lahad Datu, kira-kira jam 4 petang.

Difahamkan, mereka ditahan ketika cuba mengumpul tandatangan bagi petisyen berhubung kempen kumpulan terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Sabah, Senior Asisten Komisioner Datuk Salehhudin Abd Rahman, ketika dihubungi mengesahkan penahanan lima individu berkenaan.

"Tiga daripada individu itu adalah lelaki manakala dua lagi wanita, Mereka kini direman sehingga 10 Februari ini untuk membantu siasatan mengikut Akta Hasutan 1948," katanya.-BH
SSKM: Polis Sabah Tahan 5 Individu SSKM: Polis Sabah Tahan 5 Individu Reviewed by Unknown on February 08, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.