Seo Services

Struktur Dibina Dalam Wilayah Malaysia- Wan Junaidi


KUCHING: Malaysia tidak menceroboh wilayah Indonesia dengan membina struktur dalam kawasan sempadan republik itu seperti didakwa oleh penduduk tempatan sebuah pulau di Kalimantan Utara, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jafaar.

Portal berita Indonesia Kompas melaporkan bahawa penduduk Pulau Kayu Mati - yang mempunyai sempadan bersama kedua-dua negara - mendakwa telah melihat pos baharu dibina oleh rakyat Malaysia di kawasan itu yang mereka percaya berada di dalam wilayah Indonesia.

Ketua masyarakat tempatan Imam Basran dipetik sebagai berkata dia yakin bahawa ia adalah struktur baharu sambil mendakwa sering berulang-alik ke kawasan itu sejak empat dekad yang lalu.

"Apa yang berlaku ialah apabila kami membina pos pemeriksaan, ada dakwaan daripada wakil tempatan (Indonesia) bahawa kami membina kemudahan itu di sempadan mereka tetapi saya telah meninjaunya dan mendapati dakwaan itu tidak benar," katanya ketika diminta mengulas mengenai dakwaan itu dalam sidang media di sini Isnin.

Menurut Wan Junaidi, terdapat sebatang sungai di Pulau Sebatik dan sempadan merentasi di tengah-tengah sungai dan ia menceroboh sempadan wilayah Indonesia dan Malaysia.

Beliau berkata bangunan empat tingkat yang dibina oleh Malaysia terletak dalam wilayahnya manakala sempadan merentasi melalui sungai, dikenali sebagai Puis Point dan di seberang sungai ialah pos pemeriksaan tentera Indonesia.

Wan Junaidi Malaysia tidak mempunyai nama khusus untuk sungai itu tetapi Indonesia menggelarnya Pulau Kayu Mati.

Beliau berkata sebelum ini, Malaysia tidak mempunyai pos pemeriksaan di sana dan kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara membina bangunan itu yang akan menempatkan pejabat polis, imigresen dan kastam serta agensi-agensi lain.

Beliau berkata pembinaan bangunan itu dijangka siap menjelang pertengahan tahun ini dan akan mula beroperasi menjelang akhir tahun.

Melalui kemudahan ini, Wan Junaidi berkata Malaysia akan mempunyai agensi penguatkuasaan yang ditempatkan di sana untuk membantu mengurangkan pendatang tanpa izin dari Nunukan, Kalimatan daripada memasuki Tawau, Sabah dan pada masa yang sam membendung penyeludupan barangan dari Nunukan.- BERNAMA
Struktur Dibina Dalam Wilayah Malaysia- Wan Junaidi  Struktur Dibina Dalam Wilayah Malaysia- Wan Junaidi Reviewed by Unknown on February 03, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.