Seo Services

Suruhanjaya Pilihan Raya Terima 56 Bantahan


KUCHING, 4 Feb (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di sini menerima sebanyak 56 bantahan termasuk daripada lima parti politik terhadap syor kajian persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya negeri.

Ini adalah jumlah bantahan yang diterima, sehingga 2.30 petang Rabu, dua jam sebelum tempoh bantahan berakhir pada 4.30 petang ini, kata Timbalan Pengarah SPR negeri, Nelson Brian kepada pemberita di sini hari ini.

Parti-parti politik yang mengemukakan bantahan hari ini ialah Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dengan empat bantahan dan syor, PKR (11), Parti Rakyat Sarawak (satu) dan Parti Pekerja Sarawak (satu).

Semalam, DAP Sarawak yang diketuai oleh pengerusinya Chong Chieng Jen mengemukakan lima bantahan dan syor yang dua daripadanya adalah dari Lanang dan Sibu.

Nelson bagaimanapun berkata SPR belum membuat keputusan mengenai tarikh bagi mendengar aduan-aduan berkenaan.

Pada Isnin, Pengarah SPR Sarawak Datuk Takun Sunggah berkata SPR akan menetapkan tarikh bagi mendengar aduan-aduan itu seperti ditetapkan di bawah Seksyen 5 Jadual 13 Perlembagaan Persekutuan. -- BERNAMA
Suruhanjaya Pilihan Raya Terima 56 Bantahan Suruhanjaya Pilihan Raya Terima 56 Bantahan Reviewed by Admin on February 04, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.