Seo Services

Syarikat Korea Selatan Mahu Labur US$4 Bilion Di Sarawak


KUCHING, 4 Feb (Bernama) -- Korean Electricity Power Company (KEPCo) berminat melabur di antara US$3 bilion dan US$4 bilion dalam industri minyak dan gas Sarawak.

Duta Khas Malaysia ke Asia Timur, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, syarikat Korea Selatan itu menjadikan Bintulu sebagai sasaran utama pelaburannya.

"KEPCo berminat untuk melabur dalam industri minyak dan gas di Bintulu tetapi mereka mahu menjalankan kajian kebolehlaksanaan terlebih dulu," kata Tiong kepada pemberita di sini selepas mengiringi Duta Republik Korea, Cho Byungjae mengunjungi Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem Rabu.

"Cho memberitahu Adenan mengenai hasrat Kepco itu dan ketua menteri menyambut baik dan mencadangkan agar perbincangan lanjut diadakan berkaitan perkara itu.

"Banyak syarikat Korea sudah menjalankan pelbagai perniagaan di Kuching, Miri, Bintulu dan Sibu," kata Tiong yang juga Anggota Parlimen Bintulu. -- BERNAMA
Syarikat Korea Selatan Mahu Labur US$4 Bilion Di Sarawak Syarikat Korea Selatan Mahu Labur US$4 Bilion Di Sarawak Reviewed by Admin on February 04, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.