Seo Services

Tiada Bayangan Tarikh PRN Daripada Adenan


KUCHING: Tiada sebarang bayangan diberikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem mengenai tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-11 akan diadakan.

Beliau secara berseloroh berkata, PRN baharu itu mungkin berlangsung sebelum Jun tahun depan.

Malah menurutnya, beri peluang kepada beliau untuk meneruskan perkhidmatan selaku Ketua Menteri Sarawak.

“Beri peluang kepada saya untuk menjadi Ketua Menteri lebih lama.

“Pilihan raya mungkin diadakan sebelum Jun tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) di sini, semalam.

Hadir sama Presiden KDJA Sulok Tawie dan ahli jawatankuasa yang lain.

Tempoh tamat penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ialah pada April 2016.

Kali terakhir PRN diadakan adalah pada 2011 dengan menyaksikan Barisan Nasional (BN) memenangi 55 kerusi, Parti Tindakan Demokratik (DAP) 12 kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiga kerusi dan satu kerusi milik calon bebas.

Daripada 55 kerusi dimenangi BN, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menang 35 kerusi, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) enam kerusi, Parti Rakyat Sarawak (PRS) enam kerusi dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) enam kerusi.

PRN Ke-11 dijangka lebih menarik dengan penambahan 11 kerusi direalisasikan dengan menjadikan keseluruhannya 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sebelas kerusi baharu itu merangkumi Batu Kitang, Stakan, Serumbu, Triboh, Gedong, Kabong, Tellian, Selirik, Murum, Samalaju dan Long Lama.

Cadangan 11 kerusi itu melibatkan 12 konstituensi Parlimen iaitu Stampin, Kota Samarahan, Serian, Batang Sadong, Saratok, Mukah, Kapit, Hulu Rajang, Bintulu, Baram dan Mambong.

Menerusi cadangan itu juga, Parlimen Mambong akan ditukar kepada Puncak Borneo manakala Mambong akan diguna menggantikan DUN Bengoh.

Manakala tiga kerusi DUN ditukar nama merangkumi Batang Air, Belawai dan Kidurong yang masing-masing dicadang ditukar kepada Batang Ai, Kuala Rajang dan Tanjong Batu. - UB
Tiada Bayangan Tarikh PRN Daripada Adenan Tiada Bayangan Tarikh PRN Daripada Adenan Reviewed by uMieySurianie on February 04, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.