Seo Services

Foto Selfie Rakyat Palestin Dikejar Tentera Israel Sebenarnya Dirancang

Sebelum ini, populariti kumpulan rap DAM mungkin hanya dirasai di sekitar sempadan Palestin dan Eropah sahaja.

Namun hari ini, dunia mula mencari karya-karya terbitan tiga anak muda itu. Semuanya, gara-gara muat naik foto 'selfie' yang dianggap terbaik setakat ini. Sehingga kini, foto itu telah menerima lebih 14 ribu 'retweet' dan hampir lapan ribu favourites.

DAM ditubuhkan pada tahun 1999 oleh pasangan adik-beradik Tamer dan Suhell Nafar bersama rakan baik mereka, Mahmoud Jreri.

Melalui karya mereka, DAM banyak menyentuh tentang konflik antara Israel dan Palestin. Mereka telah menerbitkan lebih daripada 100 singles menggunakan bahasa Arab, English dan Hebrew.

Foto 'selfie' yang mereka muat naik hari ini telah mengundang pelbagai reaksi daripada followers serta peminat yang rata-ratanya menyifatkannya kreatif dan lucu.

Namun begitu, timbul juga rasa bimbang dikalangan peminat tentang keselamatan mereka selepas insiden dikejar askar Israel itu.

BuzzFeed melalui twitter rasmi mereka menuduh bahawa foto itu sebenarnya telah dirancang.

Dan sejam lalu melalui Facebook rasmi mereka, DAM mengakui bahawa foto itu sebenarnya adalah satu babak filem yang sedang dalam penggambaran.- Awani

Foto Selfie Rakyat Palestin Dikejar Tentera Israel Sebenarnya Dirancang Foto Selfie Rakyat Palestin Dikejar Tentera Israel Sebenarnya Dirancang Reviewed by Unknown on February 04, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.