Seo Services

Wanita bakar lelaki Bangladesh kerana tidak bayar hutang

GEORGE TOWN - Seorang wanita warga Indonesia bertindak nekad membakar seorang lelaki Bangladesh kerana tidak membayar hutang seperti dijanjikan dalam satu kejadian berhampiran Pasar Awam Kampung Baru di Bukit Mertajam, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Mazlan Kesah berkata, siasatan awal mendapati wanita berumur 35 tahun itu marah terhadap mangsa kerana tidak membayar wang yang dipinjamnya sejak bulan lepas.

"Mereka (wanita dan mangsa) memang mengenali antara satu sama lain dan difahamkan wanita berkenaan telah meminjamkan sejumlah wang kepada mangsa dan lelaki itu berjanji untuk membayarnya.

"Bagaimanapun sehingga Selasa, mangsa gagal membayar wang yang dipinjam dan lelaki itu juga dikatakan langsung tidak menjawab pangilan telefon wanita berkenaan sehingga membuatkan dia berang dan bertindak membakar mangsa," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 7.50 pagi semalam, seorang lelaki Bangladesh melecur di beberapa bahagian badan berikutan tindakan wanita terbabit. - Bernama


Wanita bakar lelaki Bangladesh kerana tidak bayar hutang Wanita bakar lelaki Bangladesh kerana tidak bayar hutang Reviewed by Admin on February 05, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.