Seo Services

Kegagalan 1MDB bayar hutang bukan ancaman kepada bank tempatan - Moody's

KUALA LUMPUR: Sistem perbankan Malaysia tidak akan mengalami ancaman sistematik walaupun 1Malaysia Development Bhd (1MDB) gagal menjelaskan pinjamannya kerana pendedahan bank tempatan kepada dana negara itu mempunyai cagaran, kata Moody's Investors Service (Moody's).

Naib Presiden dan Pegawai Kredit Kanan Untuk Institusi Kewangan Moody's, Eugene Tarzimanov, memberitahu sebuah akhbar harian kewangan, jika dilihat kepada jumlah hutang 1MDB, ia tidak menjadi ancaman sistematik kepada sistem kewangan.

"Pertamanya, kami berpendapat pendedahan bank terbabit mempunyai cagaran. Oleh itu jika sesuatu senario buruk berlaku, kerugian mungkin terhad dan mereka akan mengambil cagaran," katanya.

Naib Presiden dan Penganalisis Kanan Risiko Negara Moody's, Christian de Guzman juga membayangkan sebarang kegagalan 1MDB untuk membayar balik pinjaman tidak akan menjejaskan penarafan kredit Malaysia kerana kerajaan tidak akan menyokong 1MDB di luar tanggungjawab kontraknya.

"Walaupun kita tahu terdapat kebimbangan untuk hutang negara, terdapat lialibiliti luar jangka mungkin berlaku, terutama dalam kes 1MDB - kami berpendapat kerajaan sukar untuk menyokong 1MDB di luar tanggungjawab kontraknya.

" ..dan saya berpendapat perkara ini sudah diketahui yang ia terhad kepada RM5.8 bilion dalam jaminan jelas," kata Guzman.

"Tetapi sokongan sebanyak RM5.8 bilion itu pun mungkin tidak berlaku, berikutan sensitiviti politik berkaitan syarikat berkenaan," katanya ketika disoal bagaimana hutang 1MDB akan menjejaskan penarafan hutang negara.

Tahun lalu kerajaan berkata, ia sudah menyediakan jaminan jelas kepada RM5.8 bilion daripada hutang 1MDB. - BERNAMA
Kegagalan 1MDB bayar hutang bukan ancaman kepada bank tempatan - Moody's Kegagalan 1MDB bayar hutang bukan ancaman kepada bank tempatan - Moody's Reviewed by Admin on February 05, 2015 Rating: 5

1 comment:

  1. Moody.....you are paid to make positive comments. Remember, its only your OPINIONS.........allegedly to allay fears amongst citizens in view of current polemics.

    ReplyDelete

ads 728x90 B
Powered by Blogger.