Seo Services

Peminat Fanatik Sanggup Tukar Wajah Demi Watak Komik


Seorang peminat komik sanggup mengambil risiko dengan melakukan aksi melampau iaitu menukar dirinya untuk menjadi seperti watak dalam komik yang diminatinya iaitu Red Skull tanpa mempedulikan wajahnya kini menjadi buruk dan hodoh selain menakutkan.

Bagi tujuan itu, Henry Damon sanggup memotong separuh hidungnya, mencacah anak mata supaya kelihatan hitam, menanam implan di dahi dan bakal mencacah wajahnya menjadi merah tidak lama lagi.

Damon yang berusia 37 tahun dan bapa kepada dua anak itu mengubah wajahnya selepas bertemu rakannya Emilio Gonzalez yang merupakan bekas pelajar perubatan yang tercicir dalam pelajaran.

Selepas bertemu Gonzales yang turut mengkhusus dalam mencacah tatu dan pembedahan badan, Damon mengetahui itu adalah peluangnya untuk menjadi Red Skull.

Sebelum menjalani pembedahan itu, Damon menjalani beberapa ujian psikologi dan fizikal yang ditetapkan oleh Gonzales.

“Ramai pelanggan saya mengetahui bahawa pengubahsuaian badan merupakan satu seni badan kebanyakannya mengambil masa bertahun-tahun untuk menjadikan impian mereka sebagai satu realiti,” kata Gonzales.

Menurutnya, selepas ini Daman akan menjalani pembedahan memasukkan implan silikon di bahagian tulang pipi, dagu dan pipi.

“Selepas itu seluruh wajahnya akan dicacah bewarna merah dan kemudian dia akan menjadi Red Skull,” katanya.

Peminat Fanatik Sanggup Tukar Wajah Demi Watak Komik Peminat Fanatik Sanggup Tukar Wajah Demi Watak Komik Reviewed by Unknown on February 05, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.