PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melancarkan aplikasi telefon mudah alih MyKira GST bagi membantu pengguna membuat semakan segera impak GST terhadap barangan dan perkhidmatan.
Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek, berkata aplikasi itu dibangunkan dengan kerjasama MIMOS Berhad bagi memudahkan pengguna membuat keputusan sebelum membeli sesuatu barangan.
"Ciri utama aplikasi ini antara lain membolehkan orang ramai menyemak lebih 10,000 harga barangan yang berada di pasaran.
"Selain itu pengguna juga boleh terus membuat aduan menggunakan saluran e-aduan yang tersedia di dalam aplikasi ini sekiranya ada peniaga yang mengambil kesempatan dengan mengambil keuntungan berlebihan," katanya pada sidang media selepas melancarkan Pusat Gerakan Antipencatutan (PGAP) dan Aplikasi MyKira GST di sini sebentar tadi.-BH
KPDNKK Lancar Aplikasi MyKira GST
Reviewed by Unknown
on
March 30, 2015
Rating:
No comments: