Seo Services

CBP: Sembilan Kesalahan Di Kesan Di Sarawak



KUCHING: Sebanyak sembilan kesalahan berkaitan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) dikesan hasil pemeriksaan di 227 premis setakat semalam di negeri ini.

Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak, Abd Hafidz A Rahim berkata 17 amaran bertulis dan enam notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 telah dikeluarkan kepada peniaga.

"Sebanyak sembilan kesalahan melibatkan barangan runcit telah dikesan dengan nilai rampasan berjumlah RM1,739.28," katanya di sini, Selasa.

Beliau berkata KPDNKK Sarawak menerima 22 aduan melalui portal e-ADUAN sebelum pihaknya menyalurkan maklumat berkenaan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak untuk tindakan bersama.

Sementara itu, Abd Hafidz berkata bagi tempoh 15 Jan lalu sehingga semalam, sebanyak 205 kes di bawah Ops Catut dicatatkan di negeri ini.

"Sebanyak 49,143 premis diperiksa sepanjang Ops Catut. 26 notis telah dikeluarkan dengan nilai rampasan RM41,633.65 dan nilai kompaun bernilai RM18,200," katanya.

Ops Catut dilancarkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek pada 15 Jan lepas untuk memantau harga barangan dan perkhidmatan di seluruh negara sebelum pelaksanaan CBP. - Bernama
CBP: Sembilan Kesalahan Di Kesan Di Sarawak CBP: Sembilan Kesalahan Di Kesan Di Sarawak Reviewed by Salfian Nawawi on April 07, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.