Seo Services

"Dia Isteri Saya, Tiada Masalah" - Johan


Masih hangat lagi isu pelawak bercium dengan isterinya di siaran langsung ABPBH yang diadakan Ahad lalu. Hari ini, selebriti terbabit memberikan penjelasan mengenai kontroversi berkenaan bagi menutup mulut semua pihak.

Johan Raja Lawak berkata, dia tidak ambil pusing dengan kritikan sesetengah pihak yang kurang senang dengan tindakannya bercium dengan isterinya, Ozlynn, di malam ABPBH 2014 Ahad lalu sebaik saja namanya diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Penyampai Radio Lelaki Paling Popular.

Ahad lalu, adegan suami isteri ini bukan sahaja disaksikan oleh para hadirin di Arena of Stars, Genting Highlands, namun turut ditonton secara langsung oleh penonton di rumah.

Menurut Johan, tindakan itu bukanlah dirancang, namun berlaku secara spontan dan juga sebagai tanda dia mahu berkongsi kegembiraannya bersama Ozlynn yang merupakan antara individu yang paling penting dalam hidupnya.

“Apa pun yang jadi, isteri saya ada di sisi saya selama 24 jam. Isteri saya orang pertama yang tahu segala apa yang saya capai.

“Saya berkongsi semua dengan isteri saya, susah senang dan dia sentiasa ada di sisi.

“Saya tidak kisah dengan tanggapan orang dan apa yang orang mahu kata sebab dia isteri saya, Jadi, tiada masalah melainkan jika kami belum berkahwin atau dia bukan isteri saya,” bidasnya.
"Dia Isteri Saya, Tiada Masalah" - Johan "Dia Isteri Saya, Tiada Masalah" - Johan Reviewed by Unknown on April 07, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.