KUALA LUMPUR: Dua pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (RMAF) kini berada di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) sebagai persediaan untuk membawa pulang lebih banyak rakyat Malaysia dari Yaman yang sedang bergolak, kata Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkefli Mohd Zin hari ini.
Beliau berkata, dua pesawat Hercules C-130, bersama-sama 43 anggota berlepas ke UAE malam tadi dari pangkalan udara TUDM di Subang.
"Pesawat pertama berlepas pada 8.20 malam dan pesawat kedua pada 8.55 malam. Kami (Angkatan Tentera Malaysia) telah membuat perancangan dan penyelarasan bagi usaha pemindahan itu sejak bermulanya pergolakan di Yaman tetapi masih menunggu masa sesuai untuk berbuat demikian," katanya pada sidang akhbar di sini.
Kumpulan pertama 154 rakyat Malaysia telah diterbangkan dari Yaman dan tiba di tanah air semalam.
"Berikutan situasi di Yaman tidak bertambah baik, kami menasihatkan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa masanya tepat untuk mengambil langkah ini (membawa pulang rakyat Malaysia)," katanya. - BERNAMA
Dua Pesawat TUDM Tiba Di UAE Bawa Pulang Rakyat Malaysia
Reviewed by Unknown
on
April 08, 2015
Rating:
No comments: