Seperti yang diramal oleh pemerhati filem Hollywood, filem Furious 7 berjaya mencipta rekod baru apabila mencatatkan kutipan sebanyak AS$144 juta untuk tayangan pembukaannya (merangkumi tiga hari – Khamis, Jumaat dan Sabtu) minggu lalu di Amerika Syarikat.
Rekod berkenaan adalah yang terbaik pernah dicatatkan dalam sejarah perfileman Hollywood selepas filem The Hunger Games: Catching Fire yang membuat kutipan sebanyak AS$158 juta untuk tempoh yang sama pada tahun 2013 seperti mana yang dilaporkan oleh The Hollywood Reporter.
Malah, ia juga merupakan kutipan tertinggi dan terbaik dalam francais filem The Fast and the Furious sejak ia mula ditayangkan pada tahun 2001.
Bukan itu sahaja, Furious 7 juga dianggarkan telah membuat kutipan sekitar AS$300 juta di peringkat global untuk tayangan di 63 buah negara.
Salah satu babak menarik yang melibatkan Paul Walker (kiri) dan Vin Diesel dalam filem Furious 7 yang kini sedang hangat ditayangkan di pawagam
Salah satu babak menarik yang melibatkan Paul Walker (kiri) dan Vin Diesel dalam filem Furious 7 yang kini sedang hangat ditayangkan di pawagam
Ternyata, angka itu merupakan satu rekod yang dianggap luar biasa oleh Universal Pictures selaku penerbit apabila jumlah itu tidak termasuk tayangan di tiga negara besar iaitu Jepun, China dan Russia apabila filem tersebut hanya akan ditayangkan beberapa bulan lagi.
Tidak dinafikan lagi, faktor penyumbang terbesar yang membuatkan penonton berduyun ke pawagam untuk menonton filem ketujuh daripada siri filem itu adalah kerana penglibatan terakhir Paul Walker sebagai Brian O’Conner sebelum meninggal dunia pada November 2013.
Sebelum pelakon kacak itu meninggal dunia, filem itu masih lagi menjalani penggambaran dan berita tragis itu telah menyebabkan proses penggambaran tergendala seketika sebelum pihak Universal Pictures membuat keputusan untuk meneruskan projek tersebut pada April 2014 dengan melakukan rombakan pada skrip oleh pengarah, James Wan dan penulis lakon layar, Chris Morgan.
Dengan bantuan teknik imej penjanaan komputer (CGI) di samping penglibatan dua orang adik Walker iaitu Cody dan Caleb sebagai pelakon stand-in, maka Walker dapat terus dibiarkan ‘hidup’ dalam filem tersebut.
Selain Walker, filem aksi itu juga dibintangi Vin Diesel, Tyrese Gibson, Michele Rodriguez, Dwayne “The Rock” Johnson, Jason Statham dan pelakon aksi Thailand, Tony Jaa.
Dalam perkembangan lain, pihak Universal Studios sememangnya bercadang hendak menerbitkan tiga buah filem lagi dalam francais tersebut. Namun, masih belum dapat dipastikan kesahihannya termasuk penglibatan Wan sebagai pengarahnya.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2001, siri filem The Fast and the Furious telah membuat kutipan sebanyak AS$819 juta di seluruh dunia dan menjadikannya sebagai antara francais filem terlaris.-TRP
'Fast Furious 7' Laris Kerana Paul Walker
Reviewed by Unknown
on
April 07, 2015
Rating:
No comments: