Seo Services

Mahkamah Indonesia Tolak Rayuan Terakhir Banduan Australia


JAKARTA: Mahkamah Pentadbiran Indonesia pada Isnin menolak rayuan terakhir dua pengedar dadah warga Australia yang dijatuhkan hukuman mati.

Andrew Chan dan Myuran Sukumaran disabitkan bersalah pada 2006 selepas menyeludup keluar dadah jenis heroin dari Indonesia.

Kedua-dua mereka memfailkan petisyen melalui peguam mereka pada bulan Februari terhadap penolakan pengampunan oleh Presiden, Joko Widodo.

Dua rakyat Australia itu merupakan antara 10 pesalah berkaitan dadah yang dikenakan hukuman mati di penjara di Pulau Nusakambangan, Indonesia.

Mereka yang lain merupakan warga Perancis, Brazil, Filipina, Ghana, Nigeria dan Indonesia.

Widodo berulang kali menolak pengampunan untuk warga asing walaupun adanya rayuan daripada Australia, Brazil dan Perancis.

Menteri Hal Ehwal Luar Australia, Julie Bishop menyuarakan kekecewaannya terhadap keputusan tersebut.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan terus menggunakan semua pilihan diplomatik supaya pelaksanaan hukuman mati itu ditarik balik. - AFP
Mahkamah Indonesia Tolak Rayuan Terakhir Banduan Australia Mahkamah Indonesia Tolak Rayuan Terakhir Banduan Australia Reviewed by Salfian Nawawi on April 07, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.