Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) menafikan laporan pesawatnya nyaris bertembung dengan pesawat Kuwait Airlines (KUNA) di ruang udara Pakistan, Isnin lalu.
Pengurus Perhubungan Media dan Komunikasi Strategik MAS, Khairunnisa Dzun Nurin berkata, pihaknya menafikan sekeras-kerasnya kejadian seperti yang dilaporkan agensi berita Arab Saudi.
Sebelum ini, agensi berita Arab Saudi, arabianbusiness.com melaporkan pesawat MAS nyaris bertembung dengan pesawat KUNA di ruang udara Pakistan pada Isnin lalu ketika pesawat MAS itu dalam perjalanan ke London manakala pesawat Kuwait Airlines dalam perjalanan ke Islamabad.
Menurutnya, berdasarkan Buletin Maklumat Keselamatan yang dikeluarkan Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah (EASA) awal tahun ini, MAS sudah mengelak daripada menggunakan ruang udara Pakistan kerana berisiko tinggi untuk keselamatan operasi penerbangan.
“Kami meminta arabianbusiness.com untuk menarik balik laporan berkenaan yang salah dan mengeluarkan kenyataan permohonan maaf secara terbuka kepada MAS kerana menyiarkan berita itu dengan tidak bertanggungjawab,” katanya.- HM
Pesawat MAS Dilapor Nyaris Berlanggar Di Pakistan
Reviewed by Unknown
on
April 08, 2015
Rating:
No comments: