Seo Services

Rancangan Pengganas Serang Balai Polis Dan Kem Tentera Didedahkan


KUALA LUMPUR: Balai polis dan kem tentera dipercayai antara yang menjadi sasaran serangan oleh 17 individu yang ditahan polis pada Ahad.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia disyaki untuk memperoleh senjata api.

Beliau berkata, mereka yang berumur antara 14 hingga 44 tahun itu juga disyaki merancang melakukan penculikan terhadap beberapa individu berprofil tinggi.

"Mereka juga merancang membuat bom kerana terdapat nota yang memperincikan proses pembuatan bom yang diperoleh daripada Imam Samudra dari Indonesia," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (Pota) 2015 di Dewan Rakyat pada Isnin.

Ahmad Zahid berkata, antara yang ditahan ialah bekas anggota Kumpulan Mujahidin Malaysia dan bekas tahanan ISA selain ada yang pernah menjalani latihan ketenteraan di Afghanistan dan Sulawesi.

Menteri itu seterusnya berkata, ada juga yang pernah terlibat dalam cubaan merompak senjata api dari Balai Polis Guar Chempedak, Kedah pada 2001 selain ada yang baru sahaja pulang dari Syria selepas menyertai kumpulan militan IS.

Katanya, dua daripada mereka merupakan anggota tentera, dua pelajar, seorang pengawal keselamatan dan dua juruwayar.

"Ancaman ini adalah ancaman yang benar dan langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan," tegasnya. - mStar
Rancangan Pengganas Serang Balai Polis Dan Kem Tentera Didedahkan Rancangan Pengganas Serang Balai Polis Dan Kem Tentera Didedahkan Reviewed by Salfian Nawawi on April 07, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.